|
About
Codis Products
|
|
1.
|
Apakah misi produk Codi?
Misi
produk Codi adalah untuk membawa, menginnovasi dan mengedarkan
produk yang bernilai unik untuk semua bagi mencapai kesejahteraan
hidup.
|
|
2.
|
Apakah
yang menjadikan produk Codi begitu unik?
Produk
codi merupakan siri produk yang berkhasiat dengan gabungan
Cordyceps yang dipatenkan, iaitu sejenis cendawan yang berharga
tinggi dijumpai dari China sejak 1500 tahun yang lalu. Sejajar
dengan perkembangan falsafah yang menggabungkan pengetahuan
legenda dengan bioteknologi hari ini, AHB telah mencipta
produk-produk Codi yang menawarkan nutrisi terbaik untuk
kesihatan manusia.
|
|
3.
|
Apakah
Cordyceps?
Cordyceps
adalah jenis cendawan istimewa yang berasal dari China dan
telah terbukti secara ilmiah memberi pelbagai manfaat bagi
kesihatan manusia, terutama baik untuk fungsi paru-paru,
hati dan buah pinggang.
|
|
4.
|
Mengapakah
menggunakan Cordyceps terkultur?
Cordyceps
liar adalah spesies yang hampir terpupus dan menghadapi
masalah seperti harga yang terlampau mahal, sumber yang
terhad, pencemaran logam berat, inkonsistensi kualiti dan
sebagainya. AHB menggunakan Cordyceps terkultur yang dikultur
secara bioteknologi untuk memastikan nilai kualiti dan khasiatnya
yang tertinggi supaya kita dapat menikmati manfaat yang
unggul daripada cordyceps.
|
|
5.
|
Adakah
produk Codi selamat untuk dimakan?
Ya.
Produk Codi adalah selamat dan berasaskan sumber semulajadi
berasal daripada tumbuhan. Kandungannya adalah bebas daripada
logam berat sintetik dan kesemua senarai kandungannya diluluskan
di bawah kementerian negara. Namun, jika anda mempunyai
masalah kesihatan seharusnya membaca labelnya dan berunding
dengan doktor sebelum makan.
|
|
6.
|
Berapakah
tempoh simpanan untuk produk Codi?
Sebelum
dibuka, produk Codi mempunyai tempoh simpanan selama satu
hingga dua tahun daripada tarikh pengeluaran. Setelah dibuka,
Codi Juize hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan diminum
dalam masa 10 hari untuk 300 mL. Produk Codi lain hanya
perlu disimpan pada tempat yang sejuk dan kering.
|
|
7.
|
Adakah
Codi akan berinteraksi dengan ubat preskripsi doktor?
Produk
Codi adalah selamat untuk digunakan. Akan tetapi, sesetengah
ubat preskripsi diketahui mungkin berinteraksi dengan makanan
atau mineral yang lain. Jika anda mengambil ubat dan berada
di bawah pengawasan doktor, sila berunding dengan doktor
atau ahli farmasi sebelum mengambil Codi.
|
|
8.
|
Mengapakah
produk saya kadangkala rasa atau kelihatan berbeza?
Ini
kerana produk Codi diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi
yang biasanya akan berbeza dari musim ke musim. Seperti
buah-buahan segar, kadar komposisi buah akan terpengaruhi
oleh kawasan ladang dan cuaca ketika buah tersebut dituai.
Pelbagai langkah dan usaha dilakukan sepanjang proses pengeluaran
Codi untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk yang
terbaik ditawarkan kepada semua pengguna.
|
|
9.
|
Bolehkah
anda membandingkan Codi dengan produk X?
Berdasarkan
polisi syarkat, kami tidak menggalakkan perbandingan dengan
produk lain sedangkan ini melanggar etika perniagaan dan
undang-undang. Akan tetapi, kami berbangga dengan kerjasama
bersama university di China. Cordyceps yang dikultur oleh
AHB mengandungi ingredient aktif yang lebih tinggi. Kaedah
ini telah dipatenkan oleh Jabatan Harta Intelek Negara Republik
Rakyat China (SIPO) yang bersiri nombor: ZL 02 1 33562.1.
|
|
10.
|
Apakah
kesan sampingan yang berkaitan dengan mengambil Codi?
Ujian
klinikal menunjukkan kesan sampingan pengambilan cordyceps
adalah sangat ringan, seperti rasa haus atau kepanasan pada
awal peringkat awal sebab peningkatan metabolism badan.
Kesan tersebut boleh dikurangkan dengan pengambilan lebih
air atau diambil selepas makan, tidak ada kesan sampingan
lain kecuali satu kes reaksi alergi kulit dilaporkan di
China sejak pengenalan awal tahun 1989 sahaja.
|
|
11.
|
Seseorang
alergi terhadan cendawan, bolehkah mereka mengambil Codi?
Soal
tentang seseorang itu alergi terhadap Codi adalah bergantung
kepada gejala alergi, dan jenis cendawan yang mereka alergi.
Jika orang tersebut mengalami gejala ringan, seperti bersin,
sebagai reaksi terhadap cendawan tertentu, maka Codi boleh
diambil dengan hati-hati atas pemantauan jika sebarang reaksi
mungkin berlaku. Namun, bagi mereka mengalami gejala dermatologi,
ruam, wabak kulit, atau gejala lain yang teruk ketika mengambil
cendawan, kami tidak mengesyorkan penggunaan produk ini.
|
|
12.
|
Bolehkah
wanita yang mengandung atau kanak-kanak mengambil Codi?
Codi
disasarkan kepada lelaki dan wanita yang ingin menambah
pelbagai unsur fitokimia semula jadi dalam pemakanan mereka.
Untuk wanita yang hamil dan golongan kanak-kanak, Sila berunding
dengan doktor peribadi jika anda prihatin dengan interaksi
kontranya.
|
|
13.
|
Apakah
produk Codi yang patut saya ambil?
Semua
produk Codi mengandungi Cordyceps dalam bentuk yang berbeza
untuk keperluan anda. Sila rujuk kepada keterangan produk
untuk maklumat lanjut.
|